Thursday 22 December 2011

Bahan bantu mengajar pelajar OKU

DEFINISI OKU

Ø  “Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.” ( AKTA OKU 2008 )


KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Ø  
                          KURANG UPAYA PENDENGARAN
·         OKU Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran.

  •  KURANG UPAYA PENGLIHATAN

·         OKU Penglihatan bermaksud tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.

 KURANG UPAYA PERTUTURAN
·         OKU pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, sila rujuk Pakar Otorinolaringologi.

 KURANG UPAYA FIZIKAL
·         OKU Fizikal bermaksud ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tidak ada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidak fungsian system saraf, kardiovaskular, respiratori, hermatologi, imunologi hepatobiliari, muskuloskular, ginekologi dan lain-lain. Individu yang mengalami keadaan kekurangan (impairment) tanpa menjejaskan fungsi, contohnyas kehilangan jari, mempunyai lebih jari (polydactyly) dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran.



MASALAH PEMBELAJARAN
·         Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lewat perkembangan global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autism (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disoder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia).

KURANG UPAYA MENTAL
·         OKU Mental merujuk kepada keadaan penyakit mental yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berupaya berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disoder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disoder (depression, bipolar) dan other Psychotic Disoder seperti Schizoaffective Disoder dan Persistent Delusional Disorders.
                                                         i.            Mereka mestilah telah menjalani rawatan psikiatri sekurang-kurangnya 2 tahun.
                                                       ii.            Pakar Psikiatri akan menentukan tahap kefungsian social, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit terjejas dengan ketara atau teruk sebelum beliau boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU.


BAHAN BANTU MENGAJAR GOLONGAN OKU

Masalah Penglihatan

Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W. Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.





Masalah Pendengaran

  • Alat Bantuan Pendengaran dan Sokongan Pembelajaran.


Alat bantu pendengaran adalah alat teknologi amplikasi bunyi seperti alat bantu pendengaran binaural, unit sistem FM dan alat acoustically tuned ear untuk mengesan bunyi dan menguatkan bunyi. Alat bantu pendengaran ini dapat membantu pelajar bermasalah pendengaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka di sekolah. Teknologi alat bantu dengar yang lebih baik ialah alat bantu dengar transposisi frekuensi dan koklea implan membolehkan majoriti diri kanak-kanak bermasalah pendengaran mencapai potensi pendengaran yang mencukupi untuk belajar mendengar dan seterusnya mempelajari bahasa pertuturan. Bagaimanapun, peralatan ini mungkin agak sukar disediakan memandangkan kos peralatan tersebut yang terlalu mahal.

Sebagai alternatif, guru boleh menggunakan peralatan teknologi sedia ada di sekolah seperti televisyen, komputer dan alat pemain cakera padat/radio kaset. Misalnya, guru menyediakan bahan-bahan pembelajaran dalam bentul visual menggunakan televisyen dan komputer bagi pelajar yang mengalami masalah pendengaran teruk. Cara ini akan membolehkan mereka mempelajari sesuatu perkara dalam bentuk visual. Manakala bagi pelajar-pelajar yang hanya mengalami kekurangan pendengaran (masih boleh mendengar tetapi kurang jelas), peralatan seperti pembesar suara (microphone) dan alat pendengar di telinga (headphone)pula boleh digunakan.



Oleh sebab kanak-Kanak masalah pendengaran kekurangan satu deria penting, maka guru-guru memilih media yang sesuai dengan menekankan kepada deria penglihatan sentuh dengan menyediakan bahan-bahan maujud supaya dapat dilihat dan dirasai oleh kanak-kanak tersebut. Antara bahan sokongan yang digunakan khusus untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat disediakan oleh guru adalah seperti carta, foto, OHP (ABM bagi deria penglihatan) dan model dan spesimen biologi (ABM bagi deria sentuh).


Masalah Percakapan

Bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang-orang yang mempunyai masalah pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai. Tidak semestinya digunakan oleh orang-orang pekak sahaja. Oleh itu, marilah kita sama-sama belajar…



Nota :
Ø  Bahasa isyarat berbeza daripada bahasa Melayu dari segi bentuk struktur dan ayat. Oleh itu, elakkan penggunaan bahasa Melayu untuk membentuk satu ayat dalam bahasa isyarat.